SCRATCH DI SINI

Sunday, January 29, 2012

TEMA : DIRI SAYA (anggota Badan)






















 BERMAIN DOH
- TEMA DIRI SAYA (subtema - anggota badan)

murid-murid begitu teruja menguli doh sendiri dengan bimbingan guru. bermain dough untuk menguatkan otot-otot jari.


Thursday, January 19, 2012

GOTONG ROYONG 1

             Gotong royong dibuat sebelum pembukaan kelas baru pada 28 Disember 2011 untuk sesi 2012. Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga , Ahli Jawatankuasa Surau, Ibu bapa turut membantu dalam aktiviti ini. terima kasihsemua atas kerjasama anda. 

             Kawasan Rukun Tetangga ini baru 3 tahun ditubuhkan di sini. Erm, semua bersemangat baru. Mudah-mudah semangat kerjasama, semangat prihatin mereka semua terus berkekalan sampai bila-bila. 





















PENGALAMAN............

JANUARI BERMULALAH SEKALI LAGI PERJALANAN BARUKU KE TEMPAT BERTUGAS YANG BARUUUUUUU. TABIKA PERPADUAN PANGSAPURI TERATAI, TAMAN BUKIT SUBANG.

goodbye ara damansara, welcome bukit subang.................

PENGALAMAN TEMPAT BERTUGAS :

1993              - bertugas sebagai guru tadika swasta di Sg Abong, Muar, Johor. (baru lepas STPM)

1994-1995    - Tabika Perpaduan Semerah, Muar Johor.
1996              - Tabika Perpaduan SS17C, Petaling Jaya
1997              - Tabika Perpaduan SS9, Sg Way, Petaling Jaya
1998              - Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam
2000              - Tabika Perpaduan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor
2000-2001     - Tabika Perpaduan Taman Desa, Muar Johor.
2002              - Tabika Perpaduan Bakri Batu 6, Muar Johor.
2003              - Tabika Perpaduan KTM Rumah Panjang, Petaling Jaya
2004-2007     - Tabika Perpaduan Taman Batu Tiga, Shah Alam
2008-2010     - Tabika Perpaduan Seksyen 24, Shah Alam
2011              -  Tabika Perpaduan Pangsapuri Seri Jati, Ara Damansara Petaling Jaya.
2012              - Tabika Perpaduan Pangsapuri Teratai, Taman Bukit Subang, Shah Alam.
2013              - tak tahulah ke mana akan tercampak. ;-)

setelah dikira, dicampur, sudah 13 kali berpindah tempat bertugas dalam tempoh 17+++ bertugas di Jabatan Perpaduan Negara. mula-mula rasa fobia gak, tapi sekarang, nunggu je bila n di mana akan ditukarkan. kekadang duduk lama-lama di satu tempat aje, rasa muak dan bosan. kalau selalu berpindah, ermmmm, banyak idea, banyak pengalaman (pahit manis) jadi pedoman. apapun, dah tugas.... "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA". tandatangan. ;-)

nak tengok TABIKA PERPADUAN BUKIT SUBANG. jeng, jeng, jeng...... pejam mata n buka mata ------------------->  
Belum set up lagi arrrrrrr.............