SCRATCH DI SINI

Saturday, February 18, 2012

PETI SEJUK O PETI SEJUK

beberapa hari yang lepas, tabika dapat peruntukan barang2 seperti tv, kipas, bio aura, blender buah dan banyak lagi termasuk peti sejuk. malam mesyuarat pertama JPTP, beberapa jawatan kuasa telah membantu mengangkat peti sejuk ke tempat sepatutunya. terima kasih En Hazizi ( pengerusi ), En Mohammad (timbalan), En Abu (AJK) dan ibu2..............  ;-)



Friday, February 17, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



 BERSELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW

 PERTANDINGAN BERSELAWAT SECARA INDIVIDU DAN KUMPULAN.......
(memupuk semangat dan cintakan Rasullah)


SESI SOALAN KUIZ SIRAH RASULLAH SAW..............................



Terima kasih En Zamri bin Nusi sudi bersama-sama meraikan Sambutan Maulidur Rasul bersama-sama kanak-kanak ini......



Monday, February 13, 2012

GOTONG ROYONG KECERIAAN 1

SETAKAT NI AJE LA YANG DAPAT DISIAPKAN MURAL PADA HARI INI. SEMEMANGNYA KALAU AKU MEMBUAT MURAL, MAU JATUH 2 BULAN NAK MENYIAPKANNYA. INI KIRA CEPATLAH DAPAT SIAPKAN BEBERAPA GAMBAR DENGAN DIBANTU BEBERAPA ORANG YANG SUDI HADIR MENOLONG DALAM AKTIVITI KECERIAAN 1. 

AKTIVITI NI DILAKSANAKAN PADA 11.2.2012 ( merupakan hari ganti persekolahan - Cuti Tahun Baru Cina). Tabika ni tak buat hari sekolah macam biasa, tapi buat aktiviti gotong royong keceriaan. sebab kalau murid-murid datang sekolah, memang tak dapatlah nak membuat mural ni. kepenatan melayan karenah mereka. minggu depan aktiviti ni disambung lagi......

( GAMBAR KEKANAK TU ATIRAH YANG MELUKISNYA, CUTE KAN....) AKU MENGECAT POKOK JE.....

 biasanya kalau aku membuat mural, aku memamg tak lukis, terus cat je... buang masa. kalau lukis pun conteng-conteng aje... (sbb aku tak pandai lukis kot......) tapi bab mengecat, memang makan masa. satu objek berjam-jam. amacam, ok tak? boleh la kan.... tangan dah keras....



 terima kasih Atirah kerana membantu Cikgu Azi melukis mural..... ( Atirah ni anak pengerusi RT di sini, tengah cuti sem di Uitm.....) cantik dan berbakat n bijak orangnya............ amacam?


 ermmmmm..... asyik ubah je pokok aku ni. cam ada yg tak kena.

 tq, cik abang. ni adik Atirah yang turut membantu menyiapkan mural di kelas ni. yg lain-lain kurang berbakat, tolong mengemas aje la...... ;-)




Bersih depan kelas dah kena basuh...........

Wednesday, February 8, 2012

 
 
RANAP... Kelihatan sebahagian bumbung Blok Pangsapuri Teratai di Bukit Subang, Shah Alam ranap dipukul ribut kencang pada kejadian pukul 3.30 petang ketika tinjauan fotoBERNAMA malam Selasa. Sebanyak 120 unit rumah terbabit dalam kejadian ini, di mana sembilan unit rumah lagi mengalami kerosakan teruk.



Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Ribut
SHAH ALAM: Bumbung 120 unit rumah di Pangsapuri Teratai, Seksyen 16, Bukit Subang dekat sini diterbangkan angin dalam satu kejadian ribut petang Selasa.
Sembilan unit rumah di blok satu dan dua mengalami rosak teruk ketika kejadian manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Seorang penghuni pangsapuri, Yusof Jais, 55, ketika ditemui pemberita berkata hujan lebat mulai turun sekitar pukul 3.30 petang dan disusuli angin kuat menyebabkan banyak pokok tumbang di kawasan pangsapuri itu.
"Angin kuat hanya mengambil masa lebih kurang tiga minit untuk menerbangkan bumbung rumah kami dan ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini sejak ia dihuni.
"Saya dapat melihat angin kuat itu berpusing-pusing menyebabkan hampir kesemua bumbung blok satu dan dua dimusnahkan dan bertaburan di ruang bawah blok," katanya.
Bagi Roshidah Daud, 35, seorang ibu yang sedang sarat mengandung berkata kejadian hari ini merupakan satu peristiwa yang mengerikan sejak sembilan tahun menetap di pangsapuri berkenaan.
"Pada mulanya anak sulung saya hanya memberitahu biliknya dimasuki air hujan dan saya tidak menyangka hujan lebat itu membawa angin kuat menyebabkan atap pangsapuri itu tercabut.
"Saya berasa amat trauma dengan kejadian itu memandangkan rumah saya terletak di tingkat atas sekali dan saya dapat merasakan deruman angin ribut," katanya kepada pemberita.
Ketua blok pangsapuri, Mohd Sharif Lat, 39, berkata kesemua penduduk ditempatkan sementara di surau berdekatan dan menunggu pemantauan yang dibuat bomba mengenai status keselamatan pangsapuri itu. - BERNAMA

Thursday, February 2, 2012

TEMA : PERAYAAN DI MALAYSIA (tahun baru cina)




 em.... pada awal kemasukan murid-murid ni ke kelas, sewaktu aktiviti menconteng, pekara pertama yang di minta adalah " teacher, lukiskan gambar naga". sesuai dengan tema minggu ini : perayaan di Malaysia - Tahun Baru Cina, aktiviti-aktiviti ini diselitkan dalam p&p. gambar di atas adalah usaha kreatif murid membuat sisik naga menggunakan kain perca disamping mengenal warna. Akhirnya mereka seronok dapat menghasilkan naga dalam tema minggu ini.





 inilah hasilnya murid-murid menggunkan bahan tebus guna untuk membuat tanglung (kertas warna, tali rafia buku teks- tali tu dah buang, ambil balik). seronoknya dapat menghasilkan tanglung sambil menyanyi lagu Gong Xi Fatt Chai....... ;-)