Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Ribut
SHAH ALAM: Bumbung 120 unit rumah di Pangsapuri
Teratai, Seksyen 16, Bukit Subang dekat sini diterbangkan angin dalam
satu kejadian ribut petang Selasa.
Sembilan unit rumah di blok satu dan dua mengalami rosak teruk ketika kejadian manakala selebihnya hanya mengalami kerosakan kecil.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu kerana kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Seorang penghuni pangsapuri, Yusof Jais, 55, ketika ditemui pemberita berkata hujan lebat mulai turun sekitar pukul 3.30 petang dan disusuli angin kuat menyebabkan banyak pokok tumbang di kawasan pangsapuri itu.
"Angin kuat hanya mengambil masa lebih kurang tiga minit untuk menerbangkan bumbung rumah kami dan ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini sejak ia dihuni.
"Saya dapat melihat angin kuat itu berpusing-pusing menyebabkan hampir kesemua bumbung blok satu dan dua dimusnahkan dan bertaburan di ruang bawah blok," katanya.
Bagi Roshidah Daud, 35, seorang ibu yang sedang sarat mengandung berkata kejadian hari ini merupakan satu peristiwa yang mengerikan sejak sembilan tahun menetap di pangsapuri berkenaan.
"Pada mulanya anak sulung saya hanya memberitahu biliknya dimasuki air hujan dan saya tidak menyangka hujan lebat itu membawa angin kuat menyebabkan atap pangsapuri itu tercabut.
"Saya berasa amat trauma dengan kejadian itu memandangkan rumah saya terletak di tingkat atas sekali dan saya dapat merasakan deruman angin ribut," katanya kepada pemberita.
Ketua blok pangsapuri, Mohd Sharif Lat, 39, berkata kesemua penduduk ditempatkan sementara di surau berdekatan dan menunggu pemantauan yang dibuat bomba mengenai status keselamatan pangsapuri itu. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment